Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati
terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita
misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita
pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi.
Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada
terjejasnya prestasi komputer kita.
1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi
penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini
disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran
kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi
longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya
ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.
2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi
serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat
dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang
menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue
Screení juga akan lebih kerap berlaku.
3. Cakera keras
Bagi
cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya
prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad
sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman
(intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian
putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan
spesifikasi komputer yang digunakan.
4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi
BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang
optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut
mempengaruhi keupayaan komputer.
5. Pengawal Cakera
Kabel
pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang
dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu
menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66
memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong
pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang
masalah kepada prestasi komputer.
6. Sistem Operasi
Sistem
operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak
servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau
banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna
sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga
komputer.
7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe)
yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi
perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan,
pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.
8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan,
dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam
sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh.
Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi
mengurangkan masalah fragmentasi ini.
9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara
automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi
yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan
komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'.
Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.
10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem
fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem
fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera.
Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer.
Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar
berbanding FAT.