B-A-D-A-N-G
Posts : 126 Points : 2361 Reputation : 0 Join date : 26/08/2010 Age : 35 Location : Sandakan
| Subject: Penjagaan komputer Sun Aug 29, 2010 12:24 am | |
| Di bawah ini ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda dalam penjagaan komputer supaya jangka hayat lebih panjang dan lama.
- Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
- Elakkan drpd getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
- Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap(jangan suka berpindah randah [You must be registered and logged in to see this image.] .. ).
- Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana
minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
- Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
- Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara
dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
- Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke
motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.
- Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write
head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
- Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi.
Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
- Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab
permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
- Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
- Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya
tetap 230V AC. ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
- Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.
- Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada
sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
- Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
- Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu
partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.
harap membantu… [You must be registered and logged in to see this image.] |
|