★★★DKM-A 07-09★★★
Selamat Datang Ke

★★★ DKM A CREW 07-09 ★★★

Sekiranya anda belum menjadi Ahli,Sila Daftar Untuk Mendapatkan Akses Yang Penuh.

Terima Kasih
★★★DKM-A 07-09★★★
Selamat Datang Ke

★★★ DKM A CREW 07-09 ★★★

Sekiranya anda belum menjadi Ahli,Sila Daftar Untuk Mendapatkan Akses Yang Penuh.

Terima Kasih
★★★DKM-A 07-09★★★
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

★★★DKM-A 07-09★★★

...:::||--Selamat Datang Ke Site ★★★DKM-A 07-09★★★--||::..
 
HomeDKM CREWGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 18 on Sat Sep 16, 2023 11:14 am
Top posters
B-A-D-A-N-G
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_lcap10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_voting_bar10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_rcap 
areks
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_lcap10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_voting_bar10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_rcap 
rieflicious88
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_lcap10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_voting_bar10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_rcap 
joe a'chai
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_lcap10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_voting_bar10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_rcap 
crist_joe_tr
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_lcap10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_voting_bar10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_rcap 
amran
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_lcap10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_voting_bar10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_rcap 
reez_mo88
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_lcap10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_voting_bar10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer I_vote_rcap 
Statistics
We have 17 registered users
The newest registered user is sheera haenjyo

Our users have posted a total of 140 messages in 115 subjects
May 2024
SunMonTueWedThuFriSat
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Latest topics
» Doakan sahabat mu ini....
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeThu Sep 23, 2010 10:22 am by

» Name Change Request (Request to admin)
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeWed Sep 15, 2010 3:47 pm by

» Mempercepat Windows Vista di Notebook/Laptop
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeMon Aug 30, 2010 12:48 pm by

» Hacking Login Windows Vista
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeMon Aug 30, 2010 12:36 pm by

» Menghapus Virus Ravmon Dari Komputer
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeMon Aug 30, 2010 12:22 pm by

» Mencegah Virus Menular
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeMon Aug 30, 2010 12:08 pm by

» Age of Empires III [Pc Cheats]
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeMon Aug 30, 2010 2:13 am by

» Get AVG(Paid Version) for FREE!!!!!
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeMon Aug 30, 2010 12:49 am by

» Network Security Tools: Writing, Hacking, and Modifying Security Tools, 0596007949
10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeMon Aug 30, 2010 12:48 am by

Poll
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Keywords

Share | 
 

 10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
B-A-D-A-N-G
★★★★★ Admin ★★★★★
★★★★★ Admin ★★★★★
B-A-D-A-N-G

Posts : 126
Points : 2361
Reputation : 0
Join date : 26/08/2010
Age : 35
Location : Sandakan

10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer _
PostSubject: 10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer   10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer Icon_minitimeSun Aug 29, 2010 5:16 am

Berapa jam anda berada di depan skrin komputer setiap hari, siang dan malam?
Kini, penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau
pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki
pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan
skrin komputer/laptop.
Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih.
Di sini dipaparkan 10 tips penjagaan mata yang berguna kepada pengguna komputer dari [You must be registered and logged in to see this link.] (dengan sedikit editing):
1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani
pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru
mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer,
anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan
dan kesihatan mata.
Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin
berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH),
pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah
sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau
Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.
2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila
terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di
dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi
penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu
yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja.
Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak
cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk
keselesaan.
3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat
pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.

Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai
Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau
pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.
[You must be registered and logged in to see this link.]Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi
sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika
monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan
refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan
komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin
laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah
(kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada
mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.
[You must be registered and logged in to see this link.]
5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita
dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras
untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan
hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan
jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan
pelbagai warna.
6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Cuba senaman ini: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti
seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak
tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan
kemudian teruskan kerja kembali.
Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang
berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan
menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan.
Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’.
Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’
untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata
kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang
berhawa dingin.
7. Rehatkan Pandangan

Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer,
rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika
setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata
anda.
Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek
jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama
10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya
otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan.
Jika otot-otot fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat
objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.
8. Luangkan Masa Untuk Berehat

Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi
sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding
darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali
sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari
masa rehat yg lama.
Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.
9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin
komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan
menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata.
Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau
mata anda.
[You must be registered and logged in to see this link.]
Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin
komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda.
Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50
-100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang
sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak
pandang ke monitor kita dengan baik.
[You must be registered and logged in to see this link.]
10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh
menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan
dalam melakukan pelbagai kerja dekat.
Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas
ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan
Essilor Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk
komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan
terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak
memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK
keseluruhannya.
Back to top Go down
http://dkmacrew07-09.vampire-legend.com
 

10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
★★★DKM-A 07-09★★★ :: ★★★Ruangan Komputer★★★ :: Tips Dan Informasi Komputer-
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions